THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

kawasan borak2=))


ShoutMix chat widget

Tuesday, August 4, 2009

Cara mudah untuk check seseorang tu dah ada awek tak.

Katakan anda ada kenal seseorang, yang anda minat sangat-sangat.
Anda suka gila kat dia ni.
Tapi suka-suka pun, kalau ‘si dia’ tu dah ada awek/balak buat apa kan?
Buang karan jer! Dak gitu?

Jadi anda tahu tak cara mudah macammana nak pastikan ‘si dia’ tu dah ada balak/awek ke tak?
Takkan la nak terus tanya direct jer macam ni ;
“Eh awak dah ada balak/awek tak?”
Tak segan ker? Ada berani ker nak tanya macam tu?
Mungkin ada yang berani tanya secara direct macam tu.
Tapi saya rasa kebanyakan diantara kita memang segan/malu nak tanya macam tu kan?

Maka di sini, saya ingin perturunkan kepada anda satu teknik mudah yang saya selalu gunakan satu masa dulu untuk memeriksa sama ada seseorang itu dah ada yang berpunya ke tak.

Baik, begini caranya…jeng jeng jeng :

1-Jumpa dan berbual-bual dengan ‘si dia’ tu.

2-Mula-mula tanya khabar dan sembang jer la apa-apa pun.

3-Pastu, dalam masa anda menyembang tu, cuba selitkan soalan macam ni ; “Eh…awak kalau hari cuti, selalunya buat apa ek?”

4-Kemungkinan besar jawapan yang akan diberikan adalah seperti ; “Saya selalu pi shopping” / “Jalan-jalan” dan sebagainya.

5-Haaa masa tulah anda ada bagi soalan cepu emas pada dia ; “ ooo yer ker, pi jalan-jalan/pi shopping dengan ‘ehem ehem’ ker? *Sila tanya dengan spontan dan bersahaja*

6-Atau kalau dia bagi jawapan macam ni ; “Takde buat apa-apa pun, just dok kat umah jer” / “Tengok TV kat umah sepanjang hari”. Haa kalau jawapan yang macam ni, anda cuba tanya macam ni pula “Laa takkan la terperok kat rumah jer, tak keluar jalan-jalan ngan ‘ehem ehem’ ker?” *Sila tanya secara spontan dan bersahaja.*

7-Bila dah tanya soalan yang macam tu, pastu anda senyum je la menantikan jawapan/respon yang diberikan.

8-Tumpukan perhatian betul-betul pada respon yang dia berikan dan cuba tengok cara dia jawab soalan tu. Kerana di sinilah kunci untuk kita mengetahui sama ada ‘si dia’ tu dah berpunya ke belum.

*Melalui pengalaman saya, dengan bertanyakan soalan yang macam tu, kita sudah boleh mengagak bahawa dia tu dah berpunya ke tak. Ya, dengan hanya berpandukan jawapan/respon yang diberikan saja, sudah cukup untuk kita mengagak ‘status’ seseorang tu. Hasil kajian tak rasmi saya mengatakan 90% agakan yang dibuat berdasarkan respon soalan sebegitu adalah tepat.

*Cuba anda buat kaji ujikaji teknik ini pada 2~3 orang kenalan anda dahulu. Ianya memang memberikan ‘hints’ pada anda tentang seseorang tu dah berpunya ke belum.

*Biasanya kalau ‘si dia’ tu dah berpunya, biasanya dia akan senyum tersipu-sipu malu (terutamanya perempuan) apabila di tanya “Pi shopping dengan ‘ehem ehem’ ker?”. Tak pun dia akan jawab direct jer macam ni “ haah la, keluar dengan pakwe la apa lagi”.

*Kalau ‘si dia’ tu masih belum berpunya pula, antara jawapan yang biasa saya dengar ialah ; “Emm, saya mana ada pakwe lagi” atau “Mana ade ‘ehem ehem’, saya pi shopping ngan kawan jer la.” Atau “ Dengan ‘ehem ehem’?, saya mana la ada ‘ehem ehem’. Siapa la yang nak kat orang macam saya ni!”

*Respon yang paling best pernah saya terima ialah : “Keluar dengan ‘ehem-ehem’?. Saya takda ‘ehem-ehem’ lagi. You la jadi ‘ehem ehem’ I …nak??!!!”. Masa saya dengar jawapan tu, terkezut beruk saya di buatnya. Ganas giler ‘awek’ tu. Masa tu saya pulak yang tersengih menggelabah kerana mendapat respon diluar jangkaan tu…hehe.

Haaa apalagi…anda ada ‘secret admire’?
Try la ‘teknik power’ saya ni untuk check sama ada ‘si dia’ tu dah berpunya ke belum.

2 comments:

amalnasibah said...

nk cube la hak3

Leadership Developmant Training said...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Kegagalan tidak seharusnya membuat kita rapuh .,.
tapi justru itulah cambuk kita menuju kesuksesan.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,